Sunday 11 September 2011

APLIKASI SIFAT-SIFAT KENABIAN DI DALAM URUSAN KEHIDUPAN HARIAN SE ORANG MUSLIM

Para Nabi dan Rasul  diutuskan oleh Allah s.w.t dari kalangan insan-insan terpilih dari kalangan manusia bagi menyampaikan risalahNya di atas muka bumi ini. Para Nabi dan Rasul  adalah qudwah atau ikutan yang baik kepada setiap ummah. Ini kerana para Nabi dan Rasul adalah insan-insan yang dibimbing secara terus oleh Allah dan dijamin berada di jalan yang benar dan jauh sekali dari segala bentuk penyelewengan.  Justeru mereka adalah insan-insan  yang paling tepat untuk dijadikan contoh tauladan ataupun sebagai role model.
Para Nabi dan Rasul mengajar umat manusia agar  kembali kepada fitrah iaitu kembali kepada sifat-sifat asal manusia yang mana  sifat ketauhidan kepada Allah sudah wujud dalam jiwa mereka sejak azali lagi.  Al Quran dengan jelas menyebutkan bahawa Nabi s.a.w adalah sebagai contoh yang terbaik bagi ummat manusia. Firman Allah yang bermaksud:
 "Sesungguhnya bagi kamu ada contoh yang sebaiknya pada Rasulullah …" (Surah al-Ahzab: Ayat 21).

Para Nabi dan Rasul berdasarkan ayat di atas, ternyata boleh dijadikan sebagai ikutan dalam semua jurusan kehidupan. Justeru sifat-sifat yang dimiliki oleh para Nabi dan Rasul seharusnya turut dijadikan contoh bagi setiap insan yang impikan kejayaan di dalam hidup mereka di dunia dan di akhirat.
Sifat-sifat wajib pada anbia’ (SIFAT)

1)     Sidq (الصدق)

Sidq atau benar dari sudut bahasa ialah suatu yang menepati kebenaran atau dalam erti kata lain apa yang zahir menyerupai batin atau di dalam hati. Jika diambil dari konteks khabar atau berita, khabar yang benar (sidq) adalah suatu khabar yang menepati  apa yang sebenarnya berlaku. Dalam konteks kerja, apa yang dilaporkan adalah bertepatan dengan apa yang sebenarnya dilakukan. Dari sudut praktikalnya pula, kualiti kerja tetap sama samada majikan ada bersama atau sebaliknya. Sifat yang berlawanan dengan sifat sidq ini adalah sifat kizb atau dusta. Dusta adalah salah satu dari sifat munafiq sepertimana yang dikhabarkan oleh Nabi s.a.w:

يقول النبي صلى الله عليه وسلم: (آية المنافق ثلاث: إذا حدَّث كذب، وإذا وعد أخلف، وإذا ائتمن خان) [متفق عليه].
“Tanda munafiq itu ada tiga: Apabila bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia mungkir dan bila diberi amanah, dia mengkhiantinya”

Memiliki sifat benar atau sidq adalah satu kemestian bagi setiap individu muslim. Ini kerana sifat benar akan membawa ketenangan dan ketenteraman kepada setiap insan yang memilikinya. Sabda Nabi s.aw:

  دع مايريبك إلى مالا يريبك ؛ فإن الصدق طمأنينة والكذب ريب
“Tinggalkan apa yang meragui kamu dan buatlah apa yang tidak meragui kamu kerana sifat benar itu membawa kepada ketenangan manakala sifat dusta itu akan membawa kepada kesangsian”

Sifat benar juga akan menarik lebih banyak kebajikan dan kebaikan bagi diri pemilik sifat tersebut. Ini digambarkan dengan jelas oleh Nabi Muhammad s.a.w di dalam sebuah hadith baginda:  
   
إن الصدق يهدي إلى البر وإن البر يهدي إلى الجنة، وإن الرجل ليصدق حتى يكتب عند الله صديقا، وإن الكذب يهدي إلى الفجور، وإن الفجور يهدي إلى النار وإن الرجل ليكذب حتى يكتب عند الله كذاب ) متفق عليه

“Sesungguhnya kebenaran itu akan membawa kepada kebajikan, dan kebajikan itu akan membawa kepada syurga. Seseorang lelaki itu akan berlaku benar sehingga Allah mencatatnya sebagai se orang yang benar di sisi Allah. Manakala dusta pula akan membawa kepada dosa dan dosa itu membawa kepada neraka. Sesungguhnya se orang lelaki itu akan terus berdusta sehingga Allah catatkan dia sebagai se orang pendusta di sisi Allah”

Justeru sifat sidq atau benar ini perlulah dihayati di dalam setiap aspek kehidupan. Benar dalam niat, azam, perbuatan, janji, serta matlamat.

2)     Fatanah (فطانة)

 Sifat fatanah atau kebijaksanaan adalah satu satu dari sifat wajib bagi Nabi. Apa yang dimaksudkan dengan fatanah ialah kemampuan untuk memahami persoalan-persoalan yang dihadapi dengan jelas dan terang. Sifat fatanah adalah satu sifat yang amat luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada para Nabi dan Rasul yang tidak diberikan kepada hamba-hamba Allah yang lain.
Di dalam Al Quran Allah berfirman:

“ولقد آتينا إبراهيم رشده من قبل وكنا به عالمين} [الأنبياء: 51

Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Ibrahim sebelum itu jalan yang benar dalam bertauhid, dan Kami adalah mengetahui akan halnya.

Dengan adanya sifat fatanah, maka para Nabi dan Rasul dapat memahami dengan tepat kandungan wahyu dari Allah dan seterusnya dapat pula disampaikan kepada umat mereka.

Di dalam ayat yang  lain Allah s.w.t berfirman:

وتلك حجتنا آتيناها إبراهيم على قومه نرفع درجات من نشاء إن ربك حكيم عليم} [الأنعام: 83

“Dan itulah hujah (bukti) Kami, yang Kami berikan kepada Nabi Ibrahim untuk mengalahkan kaumnya. Kami tinggikan pangkat-pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.”

Allah s.w.t juga menggambarkan kebijaksanaan Nabi Ibrhaim a.s ketika berhadapan dengan Namrud di dalam ayat berikut:

قال الله تعالى في شأن ذلك: {ألم تر إلى الذي حاج إبراهيم في ربّه أن آتاه الله الملك، إذ قال إبراهيم ربي الذي يحي ويميت قال أنا أُحي وأميت قال إبراهيم فإن الله يأتي بالشمس من المشرق فأت بها من المغرب فبهت الذي كفر والله لا يهدي القوم الظالمين} [البقرة: 258

Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: “Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan”. Ia menjawab: “Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan”. Nabi Ibrahim berkata lagi: “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah dia dari barat?” Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.

Adalah mustahil  bagi para Nabi mempunyai sifat yang berlawanan dengan sifat fatanah ini seperti sifat bodoh, dungu dan sebagainya. Ini kerana adalah mustahil se orang Nabi atau Rasul itu dapat mendekati dan menyampaikan dakwah dan risalah Allah jika para Nabi dan Rasul mempunyai sifat-sifat yang aib pada pandangan masyarakat.
Sifat yang sama perlu dimiliki oleh setiap Muslim kerana ianya merupakan  salah satu kriteria yang perlu dalam  mempertahankan kebenaran agama, melaksanakan segala tugasan dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Sebagai manusia yang diamanahkan oleh Allah sebagai khalifah di atas muka bumi ini, se orang  Muslim mesti mempunyai sifat  “fatanah” dalam semua urusan hidupnya, termasuk ibadatnya, akhlaknya, etika kerjanya, tadbirannya, pengurusannya dan lain-lain urusan kehidupannya.

3. Amanah (الأمانة)

Amanah adalah salah satu sifat yang penting bagi para Nabi dan Rasul. Nabi dan Rasul sentiasa berlaku amanah dalam menyampaikan wahyu dari  Allah s.w.t tanpa sebarang penyelewengan, pengurangan, penambahan dan pertukaran.
Adalah mustahil bagi para Nabi dan Rasul memiliki sifat yang bertentangan dengan sifat ini iaitu sifat dusta kerana ianya bertentangan sama sekali dengan sifat-sifat kenabian. Para Nabi dan Rasul sentiasa melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah kepada mereka  iaitu menyampaikan dakwah dan nasihat kepada kaum mereka.
Sifat yang sama perlu dimiliki oleh setiap Muslim dalam melaksanakan tugasan mereka seharian. Namun amanah adalah satu sifat yang amat sukar untuk dimiliki kerana ianya satu tanggungjawab yang amat berat. Firman Allah di dalam  ayat 72 Surah al-Ahzab yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami bentangkan  AMANAH kepada langit dan bumi dan bukit bukau, tetapi semuanya tidak mahu memikulnmya kerana takut kepadanya, walhal manusia memikulnya; ia zalim lagi jahil (bila ia mengkhianati amanah dalam hidupnya);

    Bila amanah dilihat sebagai sifat yang mentakrifkan manusia maka pengkhianatannya merupakan sesuatu yang menjatuhkan darjah kemanusiaannya;

    Dalam tafsir-tafsir “amanah” itu merujuk kepada kewajipan-kewajipan dalam agama; seperti rukun Iman dan rukun Islam; kewajipan-kewajipan dalam akhlak dan muamalah; pergaulan; pekerjaan;

4. Tabligh (التبليغ)

Tabligh atau  menyampaikan maklumat yang betul dan benar serta berfaedah juga merupakan salah satu dari sifat yang wajib bagi Nabi dan Rasul.
Firman Allah Taala:

: {الذين يبلغون رسالات الله ويخشونه ولا يخشون أحداً إلا الله وكفى بالله حسيباً} [الأحزاب:

(Nabi-nabi yang telah lalu itu) ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya, dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun melainkan kepada Allah. Dan cukuplah Allah menjadi Penghitung (segala yang dilakukan oleh makhluk-makhlukNya untuk membalas mereka).

Jika para Nabi dan Rasul memiliki sifat Tabligh ini, maka umat Islam juga perlu melaksanakan tugas para anbia’ ini. Tugas ini ini perlu dilakukan dalam hubungan dengan keluarga, jiran, termasuk rakan sejawat dan seterusnya.

Tabligh boleh dilaksanakan di dalam zaman teknologi maklumat. Ertinya maklumat hendaklah disampaikan kepada sasarannya, baik yang bersifat keagamaan atau yang bersifat bukan keagamaan.

Salam Ukhuwah dari saya. Dr Nik Rahim Nik Wajis +6013 6410135 Kuantan, Pahang, Malaysia

Thursday 8 September 2011

PELUANG KEEMASAN UNTUK ANAK-ANAK ANDA HAFAZ AL QURAN




Untuk paparan yang lebih jelas, sila download image di atas. Dan jika ada sebarang kemusykilan boleh juga menghubungi saya. Salam Ukhuwah dari saya. Dr Nik Rahim Nik Wajis, Ketua Jabatan Ilmu Wahyu dan Bahasa, Maahad Tahfiz Negeri Pahang. +6013 6410135 Kuantan, Pahang, Malaysia

Wednesday 7 September 2011

Selamat Jalan

Salam Ukhuwah dari saya. Dr Nik Rahim Nik Wajis +6013 6410135 Kuantan, Pahang, Malaysia

Sekitar Lawatan Syeikh Muhammad Jibril Ke Maahad Tahfiz Negeri Pahang dan Kuantan

Pada 5hb September 2011, jam 3.30PM yang lalu berlangsung satu program yang amat istimewa bagi warga Maahad Tahfiz Negeri Pahang. Kunjungan Ybh. Syeikh Muhamamed Jibril ke Maahad Tahfiz Negeri Pahang atas inisiatif dari Proton dan sokongan Dato Seri Syed Zainal Abidin, Yayasan Pahang dan MTNP, kunjungan ini memberikan erti yang amat besar kepada semua warga MTNP.

Syeikh Jibril Ketika di Pejabat Pengarah Maahad Tahfiz Negeri Pahang
Syeikh Jibril Ketika di Pejabat Pengarah Maahad Tahfiz Negeri Pahang

Syeikh Jibril Ketika di Pejabat Pengarah Maahad Tahfiz Negeri Pahang
bersama keluarga dan kakitangan Yayasan Pahang
Syeikh Jibril Ketika di Pejabat Pengarah Maahad Tahfiz Negeri Pahang bersama keluarga








Syeikh Jibril Ketika diiring ke Auditorium MTNP bagi memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al Quran dan Tazkirah







Bersalaman dengan para tetamu

 Bergambar kenangan bersama yang hadhir




Pengerusi Majlis Ust Mohd Sukri





 Dari kanan Ust Abd Razak dari Yayasan Pahang, Dr Nik Rahim, Dato Hj Zulkifle, Syeikh Jibril dan Yousef Jibril


 Para pelajar banat


Para Pelajar Banin


Syeikh Jibril Menyampaikan tazkirah diterjemahkan oleh Dr Nik Rahim Nik Wajis, Ketua Jabatan Ilmu Wahyu dan Bahasa










Dr Nik Rahim mencatat ucapan Syeikh Jibril sebelum menyampaikan terjemahan

 Dato Hj Zulkifle Al Hafiz khusyuk mendengar tazkirah dari Syeikh Jibril yang didatangkan khas dari Mesir

Dr Nik Rahim menyampaikan terjemahan

Ust Nasaruddin bertanya soalan


Syeikh Jibril bermesra dengan Syed Mohd Hakim, putera kepada Dato Seri Syed Zainal Abidin, CEO Proton yang banyak membantu dan menaja program-program yang dijalankan di Maahad Tahfaz Negeri Pahang

Salam Ukhuwah dari saya. Dr Nik Rahim Nik Wajis +6013 6410135 Kuantan, Pahang, Malaysia